Kekadang ader gak rasa kesian tengok mangsa2 taufan katrina ni...sama lah macam tengok mangsa tsunami kat aceh. Tapi bila kenangkan balik betapa kejamnya presiden dia org ni kat bumi iraq memang patutlah pun dia org ni dapat pembalasan...barulah adil namanya....walaupun yg tak bermoral tu adalah presiden mereka tapi sebagai pembalasan dia org pun kena lah tempiasnya...what you give that what you get!! Kau usik Aku, Aku usik kau!! Aku tu saper?!!!Fikirlah sendiri.....hehehehe
Setahu sesumpah tak der lagi kelihatan kelibat pak-pak arab yg menghulurkan bantuan samada kewangan ataupun apa saja bentuk bantuan pd mangsa2 ni...tak tahulah plak kalau ader bantuan secara senyap-senyapan dari pak arab ni sebab takut nanti kena kutuk plak dengan masyarakat islam yg begitu fanatik, yg sanggup meletupkan badan sekeping anugerah tuhan tu semata utk menunjukkan protes terhadap penindasan umat islam.
Kalau dunia ni senyap sunyi tak der perang ker tak der penindasan ker tak bleh jugak sebab nanti tak der plak bahan nak dibahaskan dan tak de plak bahan utk dijadikan berita....bila senyap sunyi ramai plak org jadi giler pasal aman sangat!!! That why lah negatif and positive, good and bad, rich and poor are together....So kita kena faham sedalam-dalamnya tentang hal2 ni semua...Sebenarnya semua ni berkait dengan keseimbangan..
BALANCE!So dpd perang nilah org boleh buat movie, dari keamanan org boleh buat lagu, dari penindasan org boleh buat novel dan bermacam-macam lagilah...That is the beauty of this world! Sesumpah tetap tengok dari celah2 pokok kayu sambil kunyah dedaun yg ader!! Apa yg sesumpah tahu negara tempat sesumpah lepak ni aman damai itu pun dari mata kasar sebab kalau tengok dedalam tak aman mana pun....Setakat tak der perang, tak der org nak letupkan badan dia org sendiri dan tak der kapal terbang nak dihalakan pd bangunan itu je...Tapi rompakan, rogol, pelacuran, pengedaran dadah, penagihan dadah masih ader dimana mana di sekeliling sesumpah...bukan setakat disekeliling sesumpah tetapi disekeliling kaum kerabat sesumpah yg lain...kalau tak caya bila jalan2 kat bandar toleh kiri aper yg kaum nampak dan bila toleh kanan aper yg kaum nampak...bg tau sesumpah secepat mungkin!
Pasal aper jadi bebenda ni pasal ramai sangat org terkejor-kejor dgn arus kemajuan sedangkan mereka masih kabur dengan aper yg mereka kejorkan...Pastu kalau kaum semua baca suratkhabor cuba sesekali baca kat ruang sidang dewan rakyat ker dewan parlimen ker walaupun ader kaum yg tak suka bebenda ni tapi just have a look, no harm what...sibuk sgt wewakil rakyat ni pasal kemajuan itulah kemajuan inilah tapi terlalu sedikit yg nak cerita atau bahas pasal kemiskinan, pasal ramai graduan tak der kerja, bantuan kepada rakyat yg disalurkan oleh jabatan kebajikan masyarakat tu cukup ker tak dan macam-macam lagilah yg patut dibahaskan pd hari2 bersidang...Aper yg penting memaki hamun antara mereka pas tu gaduh mulut dlm dewan...itu jelah yg dia org buat...pas tu claim milage dgn perbendaharaan negara...masalah tak settle gak...malam check in hotel pas tu cari kelab ader GRO paling koman pun lepak kat coffee house hotel ketawa terbahak-bahak...release tension konon...poorah! Isssh nampak mcm marah jer sesumpah hari ni...tapi ader sikit marah lah...sebab tak patut! Ader ker isu Akademi Fantasia dan corak pengacaraan Aznil yg jadi isu....bukanlah sebab sesumpah fanatik dgn AF tu...tapi diskus lah pasal benda lain....ahli parlimen yg bangkitkan isu tu plak sebenarnya adalah ahli parlimen yg kawasan dia byk org2 miskin yg perlukan bantuan! Memanglah org2 miskin ni tidak digalakkan utk menerima bantuan je, at least usahalah sikit, tapi mcm mana dia org nak memotivate kan diri dia org kalau org yg mereka harapkan sebenarnya byk demotivate kan dia org...
Bila Pak Lah kata beliau akan buat lawatan mengejut (ikut suka beliau) kekawasan2 ahli parlimen ni, terkedu sekejap ahli ahli bahas ni pasal tak tahu bila Pak Lah nak mai! Sebab kalau diorg dpt tahu Pak Lah nak dtg, confirm jalan buruk jadi elok dlm masa paling singkat yg tak terjangka dek fikiran!!
Oooops, dah mcm melalut jer seumpah ni pasal byk sgt makan daun kot....memula pasal taufan katrina, pastu sampai kepolitik negara....Tapi itulah hakikatnya...aper yg kita pandang, aper yg kita dengar dan aper yg kita fikirkan...Cuba kaum2 sesumpah semua fikirkan, betul tak?...kalau tak betul tak per tak der saper nak marah, buat bodoh makan daun jer!